Monday, 11 April 2016

repost : Doktor bedah kena bayar RM165,375

repost from Kosmo:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0409&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

SHAH ALAM – Seorang doktor diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam untuk membayar ganti rugi berjumlah RM165,375.81 kepada seorang wa­nita berhubung saman yang dikemukakan akibat kecuaian perubatan.

Perkara itu dimaklumkan kepada pemberita oleh peguam Azmer Md. Saad yang mewakili Noorziana Md. Yusuf, 40, selepas Hakim Datin Nursinah Adzmi memutuskan demikian dalam prosiding di kamar hakim di sini.

Noorziana yang bekerja sebagai peguam memfailkan tuntutan saman terhadap defenden pertama, Dr. Fatima Najla KM Muhd. dan defenden kedua, Kelana Jaya Medical Centre Sdn. Bhd. (KJMC).

Menurut Azmer, ganti rugi yang perlu dijelaskan merangkumi ganti rugi khas berjumlah RM16,665.96 termasuk ganti rugi am, teladan, faedah dan kos yang dituntut oleh pihak plaintif.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0409&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

1 comment:

  1. Plaintif menipu abis. Biar Allah balas dosa dia. Lepas dah abis hearing. Siap bleh bg name card promote firm dia. Judge dan plantif know each other plak tu. Tukar judge sebanyak 3kali. Nak ngam kan setting laa tu. Tak malu. Duit 165k insurance akan byr, moga plaintif hilang duit tu dgn keadaan lagi tragik.

    ReplyDelete